'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) 2019 | Manjung, Perak

Peraturan


 


PERATURAN PERTANDINGAN

 

 ================

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPk BAWAH  12, 15 DAN 18 TAHUN
2015

  1. NAMA PERTANDINGAN
Nama pertandingan ini ialah Kejohanan Bola Sepak Bawah  12, 15 dan 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Perak  2017.

  1. ANJURAN DAN PENGELOLAAN
Kejohanan ini adalah anjuran Unit Sukan Jabatan Pelajaran Perak  dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Bola Sepak MSS Perak bersama Unit Sukan PPD Manjung.

  1. UNDANG-UNDANG
3.1 Selain dari peraturan ini, Undang-undang permainan FAM/FIFA dan Peraturan Am MSSM akan digunapakai. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

3.2 Undang-undang permainan bagi Bawah 12 Tahun adalah sebagaimana yang
       berkuatkuasa (3.1) melainkan :
            a) Undang-Undang 1 (Ukuran Padang /Gol)
                 Panjang Padang                           : 73.15 – 82.0m / 80 – 90 ela
                 Lebar Padang                               : 54.86 – 64.01m / 60 – 70 ela
                 Kawasn Gol                                   : 14.63 x 4.57m / 16 x 5 ela
                 Kawasan Penalti                           : 32.92 x 13.72m / 36 x 15 ela
                 Jarak Tendangan Penalti             : 9.15m / 10 ela
                Tinggi Gol                                      : 2.13m / 7 kaki
                 Lebar Gol                                      : 6.40m / 7 ela
                 Saiz Tiang Gol                               : 10cm / 4 inci
                 Jejari Bulatan Tengah                  : 7.32m / 8 ela
                 Jejari Lengkok Bulatan                : 7.32m / 8 ela
                 Tinggi Tiang Bendera Sudut       : 1.5m / 5 kaki
            b) Undang-Undang 2 (Bola)
                 Saiz Bola                                       : Saiz 4

          3.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak diputuskan dalam peraturan akan                                                            ditentukan seperti berikut :-
                                                3.3.1     Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS
                                                                     SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) .
3.3.2          Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas  
               kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bolasepak
               MSS NEGERI berpandukan Undang-Undang FIFA.

  1. PENYERTAAN
4.1 Satu pasukan MSS Daerah bagi setiap  Kumpulan umur.
4.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pendaftaran pemain.
      Borang pendaftaran pemain (M01 atau R01) dan Borang Pendaftaran
      Pasukan (M02 dan R02) mesti dihantar kepada Setiausaha Jawatankuasa
      Pengelola semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Satu senarai
      lengkap Borang Permulan Perlawanan (Starting List) hendaklah disediakan 
      semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan.
  1. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Seseorang pemain dibenarkan  didaftarkan dan bermain untuk satu pasukan
      dalam kategori umurnya sahaja.
5.2 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan
      diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah
      muktamad.
5.3 Kategori Bawah 12 Tahun : Lahir pada atau selepas 1.1. 2005
5.4 Kategori Bawah 15 Tahun : Lahir pada atau selepas 1.1. 2002
5.5 Kategori Bawah 18 Tahun : Lahir pada atau selepas 1.1. 1999,2000 dan 2001

  1. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI
6.1   Seramai 16 orang pemain dan 4 orang pegawai bagi kategori umur Bawah 15 dan 18 tahun dan 12 orang pemain serta 3 orang pegawai untuk kategori umur bawah 12 tahun hendaklah  didaftarkan dalam Borang M02 dan R02.
6.2   Hanya pemain dan pegawai yang didaftarkan dalam Borang M02 dan R02 dibenarkan berada di bangku simpanan semasa perlawanan berlangsung.
6.3   Satu salinan kad pengenalan / sijil lahir  bagi setiap pemain yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar sekolah pelajar atlet berkenaan perlu dilampirkan bersama-sama Borang M02 dan R02.
6.4   Kegagalan menyertakan salinan kad pengenalan ini akan menyebabkan pemain tersebut hilang kelayakan untuk diturunkan dalam kejohanan ini.
6.5   Sebarang penipuan kelayakan pemain akan menyebabkan pasukan tidak dibenarkan menyertai kejohanan.
6.6   ]Pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan didaftarkan dalam Borang M02 atau R02.
6.7   Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mengikuti pasukan tersebut tetapi tidak didaftarkan dalam Borang M02 atau R02 dan diiktiraf sebagai penonton. Segala tunjuk ajar hendaklah dilakukan di luar permainan.
6.8   Semua Borang Pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha MSS Daerah masing-masing.

  1. FORMAT PERTANDINGAN
7.1   Pertandingan   akan dijalankan secara Liga TIGA (3) Kumpulan.
7.2   Johan, Naib Johan  dan  Pemenang Tempat Ketiga  2016  akan diasingkan. Pasukan-pasukan lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.
7.3   Johan setiap kumpulan dan Naib Johan terbaik akan bermain di peringkat Separuh akhir.
7.4   Pemenang peringkat Separuh akhir akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan manakala pasukan yang tewas di Separuh Akhir akan bermain untuk menentukan pemenang tempat Ketiga dan Keempat.

8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
            8.1 Dalam pertandingan Pusingan awal, pasukan yang mendapat mata terbanyak
                    akan dikira sebagai Johan Kumpulan diikuti oleh Naib Johan dan kedudukan-
                    kedudukan ketiga serta keempat Kumpulan.
            8.2 Pemberian mata : Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata.
            8.3 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau gagl menghadirkan diri ke
                    padang permainan atau gagal melaporkan diri melebihi 10 minit selepas
                    waktu dijadualkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan lawan yang
                   hadir dengan bilangan pemain yang mencukupi (sekurang-kurangnya 10
                   pemain) akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata
                  dan 3 jaringan tanpa balas .
             8.4 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung     
                  adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada
                  mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun,
                  mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang
                  dimainkan olehnya tidak diambil kira. (PERATURAN 11.2 MSSM)
8.5 Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata untuk menentukan kedudukan,  
      peraturan berikut akan diguna pakai :
8.5.1 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak akan berada di
          kedudukan teratas. Jika masih sama,
8.5.2 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan diletakkan di
          kedudukan lebih tinggi. Jika masih sama,
8.5.3 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit akan diambilkira.
          Pasukan yang menewaskan lawan akan diletakkan di kedudukan
          lebih tinggi. Jika masih sama,
8.5.4 Undian akan dilakukan untuk menentukan kedudukan.

9.JANGKA MASA PERLAWANAN
9.1 Masa permainan bagi kategori umur Bawah 12  : Masa permainan ialah  15
      minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit.
9.2 Masa permainan bagi kategori umur Bawah 15  : Masa permainan ialah  20
      minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit.
9.3 Masa permainan bagi kategori umur Bawah 18  : Masa permainan ialah 20
      minit bagi  setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit.
9.4 Bagi peringkat kalah singkir, sekiranya keputusan masih seri selepas tamat
      masa permainan sebenar, masa tambahan 7 minit setiap separuh masa
      akan dilangsungkan. Peraturan ‘Golden Goal’ TIDAK digunapakai.

10 PENGGANTIAN PEMAIN
10.1 Seramai LIMA (5) pemain simpanan yang didaftarkan boleh digantikan
          dalam sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan.
10.2  Bagi kategori Bawah 12 Tahun, sistem ‘Rolling Subsitution’ akan
           digunapakai.

11 BILANGAN MINIMA PEMAIN
11.1 Bilangan minima pemain untuk memulakan perlawanan ialah  10 orang.
11.2 Bilangan minima pemain untuk meneruskan permainan ialah 7 orang.
11.3 Bilangan minima pemain untuk memulakan perlawanan bagi kategori umur
         Bawah 12 Tahun ialah 8 orang.
11.4 Bilangan minima pemain untuk meneruskan perlawanan bagi kategori umur
         Bawah 12 Tahun ialah 5 orang.

12 PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN
12.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna.
12.2 Jika terdapat persamaan warna jersi, pasukan pelawat (pasukan yang
         disebut kemudian dalam jadual) hendaklah menukar jersinya.
12.3 Pemakaian “shin guard” adalah diwajibkan.
12.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan di lengan kirinya.
12.5 Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor sama untuk
         setiap perlawanan. (Seperti dalam Borang Pendaftaran Pasukan)
12.6 Pemakaian ‘tight’ adalah dibenarkan dengan syarat warnanya sama
         dengan warna utama seluar atau warna hitam sahaja.
12.7 Pemakaian “inner’ hendaklah mengikut warna utama baju.

13 JADUAL PERLAWANAN
Jadual perlawanan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan . Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Teknikal dan keputusannya adalah muktamad.

14 TINDAKAN TATATERTIB
            14.1     Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSSPk akan berbincang
             perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada
             Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan
             Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara
             berkenaan sedang dipertimbangkan.
14.2     Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-

                                                14.2.1   Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana
                                                                      kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).
                                                14.2.2   Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana
                                                                      bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan).
                                                14.2.3   Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana
                                                                      mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan
                                                                      isyarat tidak tertib/tidak sopan atau berkelakuan ganas
                                                                     dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran
                                                                     sebelum itu atau tidak(penggantungan 3 perlawanan).
                                                14.2.4   Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana
                                                                      membantah keputusan pegawai pertandingan
                                                                     (penggantungan 3 perlawanan).
            14.3       Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis
dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang
pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung satu perlawanan selepas perlawananyang diterima amaran ketiga. Apabila seorang pemain menerima amaran keempat maka digantung satu perlawanan. Apabila seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan Yang sewajarnya.
                        14.4      Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu
                          perlawanan tanpa mengambil kira amaran bertulis yang diterima sebelumnya
                          maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
                         14.5       Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain
                         daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang
                         lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada
                         Jawatankuasa MSS Perak untuk tindakan seterusnya.
                                       14.6    Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad   
                                                tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.
                         
                                    14.7 Lembaga Tatatertib terdiri daripada :

                                                14.7.1 Pengarah Pendidikan Perak atau wakilnya
                                                14.7.2 Pengerusi JK Pengelola Pertandingan atau wakilnya
                                                14.7.3 Setiausaha Agung MSS Perak atau wakilnya
                                                14.7.4 PTPS Bola Sepak MSS Perak
                                                 
15 BANTAHAN
Bantahan terhadap kelayakan pemain mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Penganjur selewat-lewatnya sejam selepas perlawanan. Yuran bantahan sebanyak RM300.00 akan dikenakan.   Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

Juri Rayuan terdiri daripada :-
a)     Pengerusi JK Pengelola atau wakil
b)     Setiausaha Agung MSS Perak atau wakilnya
c)      PTPS Bola Sepak MSS Perak
d)     3 Pengurus berdaftar daerah yang tidak terlibat
e)     Setiausaha JK Pengelola atau wakilnya

16 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN
      16.1 Sekiranya pengadil berpendapat keadan padang tidak sesuai disebabkan
       oleh  faktor cuaca atau akibat hal-hal diluar jangkaan atau perlawanan dihentikan
       akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka ketentuan berikut akan
       diguna pakai :-
16.1.1    Sekiranya perlawanan telah berlangsung, Pengadil akan menunggu sehingga tamat masa sebenar permainan. Sekiranya permainan tidak dapat diteruskan, keputusan semasa akan diambilkira.
16.1.2    Sekiranya permainan tidak dapat dimulakan, Pengadil akan menunggu sehingga tamat masa sebenar permainan. Tiga (3) tendangan penalti akan dilakukan. Keputusan tendangan penalti adalah keputusan sebenar perlawanan.
16.1.3    Jika tendangan penalti tidak dapat dilaksanakan, Tiga (3) kali lentingan syiling akan dilakukan. Keputusan lentingan syiling dianggap sebagai keputusan perlawanan.
16.1.4    Di peringkat kalah singkir, sekiranya selepas 3 tendangan penalti keputusannya seri, tendangan penalti “suddent-death” akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

17 ETIKA PEMAIN DAN PEGAWAI
                         17.1  Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai
                     dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku
                           yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.
                          17.2 Tertakluk kepada pengesahan MSSPk, Jawatankuasa pengelola boleh
                           mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain,
                           pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan
                           atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi
                           hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari
                           apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.
                          17.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja
                           atau tidak adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
                          17.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tidakan keluar padang
                           permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
                          17.4 Etika berpakaian dan Kelakuan pegawai hendaklah dipatuhi. Pegawai tidak
                          dibenarkan memakai jeans , seluar ‘three quarter’ dan berselipar. Merokok di
                          bangku pemain simpanan adalah dilarang keras.

18 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan peraturan ini atau semua perkara luar jangka akan diputuskan oleh jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.




########################################

MEDIA SOSIAL KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS PERAK 2017

Email:
bolasepakmssperak2017@gmail.com

Blog Rasmi Kejohanan:
http://bolasepakmssperak.blogspot.my/
.
FB Page Kejohanan:
https://www.facebook.com/bolasepakmssperak/
.
Blog Master:
@cikguhairul
Whatsapp / Telegram : 019-5745569
.
http://wasap.my/60195745569